Jumat, 23 November 2018 14:12:00

MSIG Melancarkan Home SafeGuard

Produk Baharu yang Inovatif Menggabungkan Kalkulator Kos Bangunan PIAM dan Menawarkan Diskaun Premium sehingga 30% kepada Pelanggan

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 23 Oktober 2018 - MSIG Insurance (Malaysia) Bhd (MSIG Malaysia) telah melancarkan Home SafeGuard, polisi perlindungan rumah yang baharu.

Sebagai Penanggung Insurans Kebakaran ke-2 terbesar* di Malaysia, Home SafeGuard MSIG adalah produk insurans rumah yang menggalakkan penggunaan alat Kalkulator Kos Bangunan (BCC) dalam talian yang dirangka oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM). Pemilik rumah boleh mendapatkan anggaran kos pembinaan semula untuk hartanah mereka berdasarkan kadar pasaran semasa untuk buruh dan bahan binaan. PIAM telah mendapatkan khidmat syarikat jurukur bahan profesional untuk menyediakan data indeks kos bangunan yang boleh dipercayai ke BCC setiap tahun.

Sebelum ini, pemilik rumah hanya boleh mendapatkan anggaran pembinaan semula melalui Penilai Berdaftar, oleh itu, banyak pemilik rumah tidak mengemas kini 'nilai yang diinsuranskan' bagi hartanah mereka secara kerap kerana perkhidmatan Penilai Berdaftar mungkin mahal dan/atau mengambil masa. Masalah akan timbul kerana kos pembinaan semula mungkin meningkat setiap tahun berikutan kenaikan kos bahan binaan dan kos buruh. Akibatnya, sesetengah pemilik rumah mendapati bahawa pembayaran tuntutan insurans rumah mereka tidak mencukupi untuk menampung kos yang meningkat apabila ditimpa bencana, terutamanya jika penambahbaikan dan pengubahsuaian telah dibuat pada hartanah itu.

Dengan menggunakan alat BCC yang dirangka oleh PIAM untuk menilai hartanah mereka, MSIG berharap dapat memudahkan urusan pembaharuan polisi, menjadikannya lebih mudah bagi para pelanggan untuk menyemak jumlah yang diinsuranskan untuk hartanah mereka adalah mencukupi dan mengelakkan insurans terkurang kerana rumah biasanya merupakan pelaburan tunggal terbesar untuk kebanyakan rakyat Malaysia

Untuk menggalakkan pengguna menggunakan alat BCC yang dirangka oleh PIAM, MSIG memberikan diskaun premium sehingga 30% kepada pelanggan Home SafeGuard, serta manfaat baharu yang lain.

Ini termasuk:

  • Kerugian Keseluruhan Konstruktif

Sekiranya kos pembinaan semula melebihi 75% daripada jumlah yang diinsuranskan (Nilai yang Dipersetujui) apabila berlakunya kerugian, MSIG akan membayar jumlah yang dipersetujui sepenuhnya walaupun jumlah keseluruhan kos pembinaan semula sebenarnya bukan 100% daripada jumlah yang  diinsuranskan.

  • Perlindungan Tambahan terhadap pecahan atau limpahan tangki, peralatan atau paip air 

Home SafeGuard MSIG merangkumi perlindungan tambahan (sehingga RM5,000) sekiranya berlaku kejadian yang disebabkan oleh paip air pecah atau tangki air yang rosak. Insurans empunya rumah standard hanya melindungi kerosakan yang terhasil (iaitu penggantian kabinet yang rosak, dll.), tetapi Home SafeGuard turut melindungi kos penuh untuk pembaikan, termasuk apa-apa kos yang diperlukan untuk merobohkan dinding, memplaster semula simen dan, mengecat.

Peningkatan Jumlah yang Diinsuranskan secara Automatik ke atas  Isi Kandungan (diguna pakai pada Asas Nilai Penuh)

Pada masa yang sama, pembeli Home SafeGuard juga mempunyai pilihan untuk menginsuranskan isi kandungan rumah mereka. Sekiranya pelanggan memilih untuk menginsuranskan isi kandungan rumah, MSIG akan secara automatik meningkatkan jumlah yang diinsuranskan ke atas isi kandungan sebanyak 10% dalam tempoh insurans tersebut. Kebanyakan orang bercenderung untuk membeli barangan baharu sepanjang tahun dan mungkin lupa untuk mengisytiharkan barangan tersebut kepada penanggung insurans, tetapi dengan Home SafeGuard, pelanggan masih mendapat perlindungan tambahan sehingga 10% daripada jumlah yang diinsuranskan. Walau bagaimanapun, MSIG menasihatkan supaya pelanggan melaporkan sebarang pembelian yang mungkin melebihi nilai 10% untuk mengelakkan insurans terkurang.

  • Home Assist MSIG

Pemegang polisi Home SafeGuard juga boleh menggunakan aplikasi Home Assist MSIG yang menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan tambahan kami termasuk rujukan kepada kontraktor yang layak serta penyerahan dan pengesanan tuntutan yang lebih mudah.

Encik Chua Seck Guan, Ketua Pegawai Eksekutif MSIG Malaysia menjelaskan sebab MSIG memperkenalkan Home SafeGuard, "Kebakaran atau banjir boleh membawa kesengsaraan kepada pemilik rumah, dan yang menyedihkan, banyak rumah tidak dilindungi insurans dengan secukupnya. Malah mereka yang mempunyai pandangan jauh untuk mengambil insurans juga mendapati bahawa pembayaran tuntutan insurans mereka tidak mencukupi untuk membiayai kos pembinaan semula, terutamanya jika mereka tidak mengemas kini  jumlah yang diinsuranskan untuk rumah mereka. Itulah sebabnya kami gembira apabila PIAM merangka alat Kalkulator Kos Bangunan yang memudahkan pemilik rumah untuk mengira kos semasa pembinaan semula rumah mereka. Insurans Home SafeGuard kami memanfaatkan keupayaan alat PIAM dan kami menawarkan diskaun premium sehingga 30% untuk menggalakkan pemilik rumah menggunakannya dan memastikan mereka dilindungi dengan secukupnya  sekiranya ditimpa bencana. "

"Kami ingin mendidik pengguna tentang kepentingan menyemak insurans rumah mereka dan jumlah yang diinsuranskan secara berkala, justeru kami merangka Kalkulator Kos Bangunan untuk menjadikannya lebih mudah bagi orang ramai untuk mendapatkan idea realistik tentang kos semasa pembinaan semula rumah mereka. Dan kami gembira bahawa MSIG Malaysia telah memutuskan untuk mempromosikan penggunaan alat ini dalam produk baharu mereka", kata Encik Mark Lim, Ketua Pegawai Eksekutif PIAM.

Encik Chua, menyimpulkan, "MSIG adalah salah satu penanggung insurans kebakaran terbesar di negara ini dan kami telah melindungi rakyat Malaysia melebihi 100 tahun. Kami sangat gembira kerana liberalisasi  tarif insurans yang dilaksanakan tahun lepas telah membolehkan kami memperkenalkan produk inovatif baharu seperti Home SafeGuard, yang kami percaya menawarkan lebih banyak pilihan dan ketenangan minda kepada rakyat Malaysia berbanding sebelum ini."

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Insurans Home SafeGuard MSIG, sila hubungi Penasihat Insurans MSIG atau layari laman web MSIG di www.msig.com.my untuk keterangan lanjut.

Klik di sini untuk menonton video Home SafeGuard MSIG : https://www.youtube.com/watch?v=fnxYTHTDzxg 

Mengenai MSIG Insurance (Malaysia) Bhd

MSIG Insurance (Malaysia) Bhd ("MSIG Malaysia") ialah anak syarikat Mitsui Sumitomo Insurance Company, Limited dan ahli MS&AD Insurance Group Holding, Inc. (MS&AD), salah satu daripada sepuluh penanggung insurans am teratas** di dunia.

Dengan lebih 100 tahun pengalaman insurans am dan rangkaian sebanyak 20 cawangan di seluruh negara Malaysia, MSIG Malaysia merupakan salah satu penanggung insurans am terkemuka dalam kelas Kebakaran, Kejuruteraan dan Motor serta No.1 dalam Kargo Marin, menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk keperluan peribadi dan perniagaan.

Pada tahun 2015, MSIG Malaysia diiktiraf sebagai "Syarikat Insurans Am Tahun Ini" di Anugerah Industri Insurans Asia atas usaha meningkatkan pengalaman pelanggan dan kepimpinan industri dalam Pengurusan Risiko Perusahaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai MSIG Malaysia, layari www.msig.com.my atau facebook.com/MSIGMalaysia.

*Pada Dis 2017

**Fortune Global 500, 2017.

Share
Berita Terkait
  • 3 minggu lalu

    Capital Markets Malaysia dan Climate Bonds Initiative meluncurkan Perangkat Strategi Transisi untuk mempercepat laju dan skala pendanaan transisi

    Climate Bonds Initiative adalah organisasi internasional yang berupaya memobilisasi modal global untuk aksi iklim, melalui pengembangan Standar dan Skema Sertifikasi Climate Bonds,
  • 3 minggu lalu

    Natural Catastrophes Caused USD 65 Billion Economic Loss in Asia Pacific in 2023, Aon reports

    melindungi portofolio mereka dari risiko keuangan; mengambil manfaat dari peluang pertumbuhan dalam solusi iklim; dan menentukan cara memberikan dampak positif dan berperan dalam d
  • 3 minggu lalu

    Amazon Papyrus Meluncurkan Identitas Merek dan Logo yang Disegarkan - Memperkuat Komitmen terhadap Inovasi dan Pertumbuhan

    Dengan dedikasi yang teguh terhadap inovasi dan kualitas, APC Group siap untuk terus membentuk masa depan proses manufaktur industri.
  • 4 minggu lalu

    Pendekatan regeneratif penting untuk menyelaraskan ambisi dan tindakan keberlanjutan dalam pertumbuhan ekonomi Asia Pasifik: Kearney

    Studi ini mengukur apakah para eksekutif yakin bahwa target mereka dapat dicapai dan menggali aspek-aspek seperti greenwashing dan insentif manajemen.
  • Komentar
    Copyright © 2024 . All Rights Reserved.